Wednesday 11 December 2013

Jamuan Akhir Semester Julai - Disember 2013

Alhamdulillah, sesi jamuan akhir semester telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Bangunan Program Mekatronik pada 5 hb Disember 2013.




Thursday 11 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Pengumuman Blog masih dalam pengubahsuaian

Diucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua blogger sekalian...

Blog ini masih dalam pengubahsuaian, harap maklum...

Tuesday 9 July 2013

Staf Program Mekatronik menangi Anugerah Pendidik Terbilang Kategori Penyelidikan dan Inovasi MARA 2013

Sekalung Ucapan Tahniah diucapkan buat en. Fazirul Akbar bin Mohd Radzi yang telah memenangi anugerah tersebut.

Diharapkan di masa akan datang akan ada lagi ramai staf IKM Beseri menggondol anugerah di Hari Pendidik MARA...Ameeen,,,  Insyaaa Allah...

Sesi bergambar para pemenang setiap kategori bersama YB Menteri KKLW dan pengurusan tertinggi MARA


En. Fazirul Akbar sedang menerima anugerah daripada YAB Menteri KKLW


Sunday 9 June 2013

IKM Beseri telah memenangi pingat Emas di ITEX 2013

IKM Beseri yang diwakili oleh En. Fazirul Akbar bin Mohd Radzi dan En. Amir bin Nik Muhammad telah menyertai pertandingan ITEX 2013( 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition ) yang diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 9 - 11 May 2013. Selain dari dua orang tenaga pengajar tersebut, terdapat dua orang lagi pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik iaitu Saudara Roszaiman bin Rapia dan A. Mohd Nasarudin bin A. Mohd Nawir yang bertindak sebagai pembantu di sepanjang pertandingan berlangsung.

Keputusan hakim memilih projek BWTE dari IKM Beseri sebagai salah satu projek yang layak dianugerahkan pingat Emas membuktikan bahawa staf dan pelajar IKM Beseri berkemampuan untuk merekacipta projek inovasi yang bermutu.

En. Fazirul di hadapan pintu masuk ke Booth pameran dan pertandingan ITEX2013


Guru Peserta dan pelajar pembantu bersama-sama Pengarah IKM Beseri yang banyak memberi sokongan


Bersama-sama dengan pengadil pertandingan


En. Fazirul sedang menerima Gold Medal daripada wakil perasmi


Sijil Pertandingan


Gambar Gold Medal yang diterima oleh peserta dari IKM Beseri




Semoga selepas ini akan ada lagi staf dan pelajar dari IKM Beseri berjaya memperolehinya..Ameen..

Saturday 23 February 2013

Program Mekatronik menyertai Robocon 2013

Salam Tahniah diucapkan pada pelajar dan staf Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik kerana menyertai pertandingan Robocon 2013 yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 24 Julai sehingga 26 Julai 2013. En. Mohamad Nizar bin Khalid bersama 3 orang staf dan seramai 10 orang pelajar telah berkampung di MJII Beranang semasa melakukan kerja-kerja try-out dan sebagai penginapan mereka. Pemilihan MJII Beranang sebagai lokasi logistik amatlah bersesuaian kerana lokasinya yang hampir dengan Stadium Tertutup Nilai.

Gambar bersama Pengarah IKM Beseri yang hadir memberikan sokongan pada team Beserian..



Gambar guru-guru pengiring bersama 10 orang pelajar program Mekatronik selepas sesi try-out..



Gambar penyelaras program En. Mohamad Nizar bin Khalid bersama pelajar-pelajar Mekatronik selepas habis salah satu sesi pertandingan  mendepani streamer kepunyaan IKM Beseri...  IKM Beseri Boleh






Friday 22 February 2013

Lawatan Sambil Belajar dari GiatMARA Prima Tasek Gelugor

Program Mekatronik IKM Beseri telah menerima pelawat seramai 30 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar jurusan sijil Mekatronik dari GiatMARA Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tarikh lawatan tersebut adalah pada

Lawatan itu dianjurkan oleh mereka bertujuan untuk mengenalpasti mengenai silibus dan perlaksanaan program Mekatronik di sini.

Diharapkan selepas lawatan, pelajar-pelajar GiatMARA Prima Tasek Gelugor akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang Mekatron yang berjaya.


Ucapan dari Ketua Jabatan Elektronik

Tenaga Pengajar dan pelajar GiatMara sedang tekun mendengar ucapan yang disampaikan

Dok dengar ka dok buat apa tu?



Papa Robot merangkap Penyelaras Program sedang menerangkan mengenai Mekatronik...

Sesi Q & A sedang diadakan

Gambar pengajar2 yang berkaliber

Maisarah sedang berucap sebagai mc sesi taklimat lawatan

Penyampaian cenderahati dari pihak GiatMARA Prima Tasek Gelugor kepada pihak Mekatronik IKM Beseri

Tahniah buat Peserta IKM Jasin

Encik Muhd Humaizee bin Misman dari IKM Jasin telah memenangi Gold Medal and anugerah Green Technology oleh JIPA di MTE 2013 yang berlangsung di PWTC, KL yang berlangsung dari 21 - 23 Febuari 2013.

Projek yang dihasilkannya dinamakan Releaseable Metal Collector berfungsi mengutip serpihan logam ferus yang berada di dalam tangki simpanan atau ruangan sempit. Hal ini memungkinkannya berupaya dalam mengatasi pencemaran alam sekitar di dunia ini yang melibatkan logam ferrous dan membantu dan kerja-kerja seharian manusia.

Bagi sesiapa  yang berminat untuk memperolehnya boleh menghubungi beliau di IKM Jasin, Melaka di nombor 06-5291561 atau layari di bird8336@yahoo.com.

Marilah beli, percayalah anda tidak rugi...


Peserta IKM Beseri menangi Pingat Perak di MTE 2013, PWTC, KL

Sekalung Tahniah buat staf dan pelajar IKM Beseri terutamanya buat pengajar Mekatronik dan Air Cond yang telah memenangi anugerah Silver di MTE 2013. Ini adalah kali pertama IKM Beseri menyertainya dan berjaya memperoleh anugerah Silver.

Projek yang dihasilkan dinamakan sebagai Broken Water Tap Extractor berfungsi untuk menanggalkan lebihan pili air yang patah di dalam paip.

Projek BWTE ini adalah hasil gabungan kepakaran dan kerja keras yang tidak henti-henti oleh tenaga pengajar SMK iaitu Fazirul Akbar Mohd Radzi dan pengajar SPP iaitu Amir Nik Muhammad. Terima kasih buat En. Jasni dan En. Nor Hisham dari BKT MARA yang mencalonkan projek ini untuk turut sama dalam pertandingan MTE 2013 ini. Tidak dilupakan juga kerjasama berterusan oleh pihak pengurusan IKM Beseri dan BKT. Tahniah BKT MARA dan IKM Beseri!!!!

Bergambar di booth pameran


Bergambar di bahagian lobby pendaftaran


Pelajar pembantu sedang menerangkan fungsi projek pada pelawat dari TATI, Kemaman, Terengganu

Projek BWTE bagi ciptaan prototaip yang pertama

Para pengadil pertandingan sedang mengadili projek BWTE