IKM Beseri yang diwakili oleh En. Fazirul Akbar bin Mohd Radzi dan En. Amir bin Nik Muhammad telah menyertai pertandingan ITEX 2013( 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition ) yang diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 9 - 11 May 2013. Selain dari dua orang tenaga pengajar tersebut, terdapat dua orang lagi pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik iaitu Saudara Roszaiman bin Rapia dan A. Mohd Nasarudin bin A. Mohd Nawir yang bertindak sebagai pembantu di sepanjang pertandingan berlangsung.
Keputusan hakim memilih projek BWTE dari IKM Beseri sebagai salah satu projek yang layak dianugerahkan pingat Emas membuktikan bahawa staf dan pelajar IKM Beseri berkemampuan untuk merekacipta projek inovasi yang bermutu.
|
En. Fazirul di hadapan pintu masuk ke Booth pameran dan pertandingan ITEX2013 |
|
Guru Peserta dan pelajar pembantu bersama-sama Pengarah IKM Beseri yang banyak memberi sokongan |
|
Bersama-sama dengan pengadil pertandingan |
|
En. Fazirul sedang menerima Gold Medal daripada wakil perasmi |
|
Sijil Pertandingan |
|
Gambar Gold Medal yang diterima oleh peserta dari IKM Beseri |
Semoga selepas ini akan ada lagi staf dan pelajar dari IKM Beseri berjaya memperolehinya..Ameen..
No comments:
Post a Comment